Halatuju SIP+ and SISC+, Sesi Bersama Timbalan Pengarah BPSH, KPM

(Sumber: Assafii.com)

 

JPN Johor menerusi koordinator DTP negeri telah mengadakan Bengkel Kerja Halatuju SIP+ dan SISC+ pada 29 April 2014, bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Johor Bahru. Program telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari JPN, PPD, SIP+ dan SISC+ seluruh negeri Johor. Turut hadir dalam memberikan input semasa sesi perbengkelan ialah Tuan Haji Aminuddin bin Adam, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut adalah beberapa kunci utama ucapan beliau pada Bengkel Kerja Halatuju SIP+ dan SISC+.

 

1.              Menyatakan bahawa sistem pendidikan kita sedang dalam proses overhaul. Beliau menekankan bahawa murid kita mestilah mempunyai kemahiran generik untuk kekal bersaing pada abad ke-21. Beliau menekankan pendekatan Yang Bhg. Dato KPPM, Rapid Execution, Strong Implementation dan perlu bersifat global dan menerapkan budaya teamwork.

 

2.            Guru-guru perlu menggunakan pendekatan perbincangan dalam semua tajuk semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep Teacher’s monopoly of the knowledge telah tiada, guru sebagai depositor knowledge juga telah tiada.

3.            Amalan yang masih diamalkan kini ialah pedagogi tradisional, chalk and talk, sekadar beri beri imput sahaja. Sepatutnya elemen critikal thinking, problem solving dan seumpamanya perlu ditekankan oleh guru-guru. Murid-murid perlu digalakkan untuk merujuk internet sebagai satu sumber pembelajaran. Kebanyakan sekolah telah ada kemudahan wi fi oleh itu kemudahan ini perlu digunakan untuk adaptasi pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21.

4.            Guru-guru mesti dilatih secara praktis menggunakan pendekatan provokasi isu atau penyelesaian masalah untuk dibincangkan oleh murd-murid. Tajuk-tajuk yang diberikan mestilah kontemporari, silibus sebagai garispanduan sahaja. SISC+ mempunyai tanggungjawab untuk mengoptimumkan kemahiran ini dalam kalangan guru-guru.

5.            Susunan meja murid perlu menjurus kepada perbincangan kumpulan. Murid dan guru perlu mengelakkan aktiviti, belajar dan bekerja secara silo. Trust school ada Expert Adviser yang sama fungsinya dengan SIP dan Teachers Learning Advisor pula sama dengan peranan SISC, telah berjaya mengubah cara pembelajaran murid. Oleh itu sekolah-sekolah disarankan supaya jangan tunggu arahan untuk menggunakan pendekatan sekolah amanah.

6.            Sebelum berjaya mewujudkan ekosistem sekolah, budaya kerja perlu difokuskan dengan betul, sharply focus . Bukan menjadi tugas utama SISC+ untuk memastikan GPS SPM turun secara tidak langsung, tetapi yang penting ialah bagaimana mahu melakukan transformasi pengajaran dan pembelajaran guru-guru disekolah. SIP+ mempunyai peranan yang sama iaitu bagaimana membimbing pengetua dan bukannya memantau. SIP+ berperanan mewujudkan ekosistem sekolah ke arah yang boleh memotivasikan murid.

7.            Dalam amalan di sekolah sepatutnya tiada murid yang ditekan secara mental. Konsep guru penyayang perlu ada. Sekolah perlu mewujudkan budaya selamat datang ke sekolah, iaitu beri ucapan tahniah kepada murid kerana datang ke sekolah dan bukannya kehadiran murid disambut dengan rotan dan diserang dengan kata-kata yang menyusutkan pemikirannya….mereka tidak akan berkembang.

8.            Kita perlu wujudkan suasasna sekolah…school is fun. Murid seronok, guru gembira ibu bapa puas hati, komuniti menrima. Sekiranya ini berlaku maka akan wujud inisiatif penglibatan ibu bapa dalam program-program sekolah. Pengurusan sekolah perlu wujudkan a happy school campus…jika murid seronok mereka tidak akan merosakkan harta benda sekolah. Murid yang seronok semasa berada di sekolah akan menggalakkan hormon positif. Seperti seorang artis yang mahu menghasilkan karya, mereka memerlukan ketenangan dan suasana nyaman untuk produksi idea, begitulah murid.

9.            Tugas SISC+ ialah fokus kepada pedagogi yang mengambangkan pemikiran murid, manakala SIP+ bantu mewujudkan landskap sekolah agar wujud suasana hamoni. SIP+ tidak sepatutnya menyebukkan diri dalam melaksanakan ISO, tapi yang lebih penting core business SIP+ adalah membetulkan ekosistem sekolah. SIP+ perlu mempunyai profile pengetua, guru besar dan melakukanenvironmental scanning sebelum melakukan proses lawatan bimbingan. SIP+ perlu menetapkan target apa yang perlu dilakukan pada pengetua supaya mereka sesuai dengan keperluan abad ke 21.

10.          SOP SIP+ ialah  4 hari berada di sekolah-sekolah. Tuntutan boleh setiap hari tiada masalah tetapi wise for money.

11.          SIP+ dan SISC+ Johor akan diberikan satu tugasan untuk melakukan tranformasi bilik darjah. Selepas itu perlu ada KPI, seperti mengurangkan sekolah band 6 dan 7di daerah masing-masing. Kalau tiada band 6 dan 7, kurangkan band 5 pula dan begitulah seterusnya.

12.          SISC+ pula sepatutnya tidak melibatkan diri dalam penggubalan item, soalan dan sebagainya. SISC+ perlu tetapkan KPI dengan menjadikan KPI menteri, KPPM dan DTP sebagai fokus.

13.          PPD perlu berani melakukan redeployment guru agar penempatan guru dibuat mengikut keperluan yang adil dan seimbang. Sepatutnya tidak wujud keadaan dimana terdapat kekurangan guru disesebuah sekolah sebaliknya pada masa yang sama terdapat lebihan guru pula di sekolah lain dalam daerah yang sama.

14.          Malaysia telah menyertai TIMSS dan PISA untuk kali ke 5, tetapi prestasinya semakin menurun dari tahun ke tahun. Ujian akan dilaksanakan pada bulan Oktober nanti, InshaAllah diharapkan ada perubahan.

15.          Menyentuh isu kekurangan SIP+ di Mersing dan SISC+, JPN Johor diminta melakukan sesuatu untuk mencari calun yang tepat bagi mengisi kekosongan yang ada. Berdasarkan matlamat dan perancangan asal DTP, SIP+ adalah calon Ketua PPD pada masa akan datang kerana mengikut pelan DTP, mensyaratkan untuk menjadi Ketua PPD pada masa hadapan mestilah terlebih dahulu telah dilantik sebagai  SIP+. Oleh itu SIP+ disarankan untuk menunjukkan prestasi kerja yang tinggi .

16.          Pada asanya hasrat DTP ialah untuk memenuhi perjawatan SIP+ dalam kalangan pengetua yang cemerlang, malangnya kebanyakan pengetua mengamalkan sikap tunggu dan lihat. DTP tak boleh menunggu, oleh itu kekosongan yang ada ditawarkan kepada Penolong Kanan. Namun ada pula Penolong Kanan yang turut mengamalkan sikap tunggu dan lihat, maka SIP+ dibuka pula kepada IPG dan pegawai-pegawai lain dalam perkhidmatan pendidikan.

17.          Bekalan peralatan komputer untuk SIP+ dan SISC+ sedang diusahakan, namun SIP+ dan SISC disaran menggunakan peralatan sendiri terlebih dahulu.

18.          Meminta supaya SIP+ jangan memikirkan laluan kerjaya, kerana perkara ini akan difikirkan oleh BSM KPM. SIP+ yang tiada NPQEL akan mengikuti Crash Programme NPQEL sama seperti calon pengetua.

19.          Setakat ini negeri Kedah dan Sabah telah menunjukkan peningkatan prestasi akademik yang memberangsangkan kesan dari peranan yang dimainkan oleh SIP+ dan SISC+. SIP+ dan SISC+ sentiasa diperhatikan prestasinya oleh JPA bagi mengatur kerjaya seterusnya.

20.          BPSM telah menyediakan laluan kerjaya yang lebih cepat kepada SIP+ dan SISC+. Dari segi strukturnya, SIP+ diletakkan di bawah UPS kerana tanggungjawabnya lebih fokus kepada pengurusan pengetua dan guru besar di sekolah. SISC+ pula akan diletakkan di bawah UPA, fokus kepadacoaching guru akademik. Namun prestasi SIP+ dan SISC+ akan dinilai oleh Ketua PPD selaku Penilai Pertama dan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri sebagai Penilai Kedua.

21.          SIP+ dan SISC+ diminta fokus kepada tindakan, bukannya membuat perancangan strategik. Perancangan Strategik telah ada iaitu menerusi PPPM, yang perlu dibuat ialah tindakan sahaja.

22.          Adakah SIP+ dan SISC+ perlu melaksanakan tugas pentadbiran PPD atau tugas tambahan? Beliau menekankan agar SIP+ dan SISC fokus kepada tugas asal membimbing sahaja. Pada waktu ini prestasi mereka sedang diperhatikan oleh JPA. Oleh itu seboleh mungkin jangan melibatkan mereka dalam program pentadbiran atau upacara PPD. Sekali sekala tidak mengapa seperti sukan tahunan dan hari guru. BPSH akan keluarkan surat cabutan mesyuarat DTP untuk maklumkan mengenai ketidakterlibatan SIP+ dan SISC+ dalam tugas tambahan PPD mahupun melibatkan diri dalam program PPD.

23.          JPA telah meberi tempoh percubaan selama setahun kepada SIP+ dan SISC+ sebelum diperakukan ke gred yang lebih tinggi. SIP+ dan SISC+ akan menikmati kenaikan gred dari DG48 ke DG52, dan DG52 ke gred DG54. Namun tiada keputusan dibuat untuk kenaikan SIP+ yang kini berada dalam gred DG54 ke gred JUSA. Sikaranya SIP+ dan SISC+ tidak menunjukkan tahap kerja yang ditetapkan perakuan mereka akan dilanjutkan.

24.          Bagi tujuan kenaikan gred ini beliau memaklumkan bahawa JPA telah memberi kelulusan untuk KPM menggunakan kuota guru cemerlang yang dipinjamlan kepada SIP+ dan SISC+. Perkara ini melibatkan 1278 kuota guru cemerlang dan 339 kuota pengetua cemerlang.

25.          SIP+ dan SISC+ tidak perlu dilibatkan oleh PPD untuk memantau sekolah. Sebaliknya SIP+ dan SISC+ diminta wujudkan PLC sekolah-sekolah yang dibimbing.

Leave a comment