Taklimat Keberkesanan Pelaksanaan Program Transformasi Daerah (DTP) Tahun 2017

Sila klik pada pautan ini untuk melihat bahan taklimat.

<iframe width=”760px” height=”500px” src=”https://sway.com/s/YJcm6lRrQteb0gdZ/embed&#8221; frameborder=”0″ marginwidth=”0″ marginheight=”0″ scrolling=”no” style=”border: none; max-width:100%; max-height:100vh” allowfullscreen webkitallowfullscreen mozallowfullscreen msallowfullscreen>

Aktiviti Minggu Ini

Pada minggu ini, selain daripada menjalankan bimbingan bersama Guru Dibimbing (GDB), SISC+ Perlis telah menghadiri Bengkel Penggunaan VLE Frog dan Perjumpaan bersama Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Negeri Perlis.

Bengkel VLE Frog

Tarikh: 9 Januari 2017

Tempat: Makmal ICT, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

Fasilitator: Cik Nur Azwani Mansor.

Dalam bengkel ini, kami telah diberikan tutorial secara ‘hands-on’ dalam menggunakan VLE Frog. Tutorial meliputi pembinaan laman dalam VLE Frog dan Pembinaan Kuiz menggunakan aplikasi yang sedia ada.

img-20170109-wa0014

 

Perjumpaan bersama Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Negeri Perlis.

Tarikh: 13 Januari 2017

Tempat: Bilik Mesyuarat JNJK, Bangunan Persekutuan Kangar

Pengerusi: Tn. Hj.  Abdul Rashid Ibrahim, Ketua Jemaah Nazir, Perlis

Perjumpaan yang mengambil masa 2 jam ini membincangkan isu-isu dalam PdP. Antaranya adalah tentang penulisan rancangan pengajaran harian dan pengurusan panitia. Semoga perjumpaan ini adalah satu langkah yang pertama kepada 1000 langkah yang akan datang.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

 

Gotong-royong: Bersih itu Indah!

Tahun baru ini, kami mulakan dengan aktiviti bergotong-royong di dalam bilik SISC+. Seronok bersama rakan-rakan menjalankan aktiviti bersama. Keceriaan dan kekemasan menjadi fokus kami pada tahun ini.

Jom lihat gambar-gambar kemesraan kami!

Dan hasilnya setakat hari ini…dan mungkin ada lagi selepas ini!

 

Uji Sistem untuk Analisis Item

Encik Dahlan Mat Ali, penyelia Bahasa Inggeris sekolah rendah telah mengadakan satu sesi ujian untuk analisis item menggunakan MS Excel yang telah dibangunkannya. Sesi tersebut telah berlangsung selama sejam yang membabitkan SISC+ BI Rendah. Penggunaan sistem ini akan dibuat secara menyeluruh dalam sedikit masa lagi. Tahniah kepada En. Dahlan atas usaha gigihnya.