Ciri Pembelajaran Abad ke-21

Berikut adalah paparan daripada pembentangan Dr.Muh amad Kasim bin Basir dan Pn. Norliza binti Abu Bakar pada Bengkel Kerja Pemantapan Pedagogi dalam PdP SISC+ dan SIP+ di Hotel Dynasty pada 2-4 Disember yang lalu.

 

13 comments on “Ciri Pembelajaran Abad ke-21

  1. Salam tuan. Slide ini dapat dari mana? Peta buih mengenai Ciri Guru Abad 21 amat berbeza. Mana yang betul. Harap dapat penjelasan.

  2. Benar,tugas SISC+ dan SIP+ adalah berbeza namun konsep bimbingan adalah keutamaan. Sejujurnya banyak kelemahan dan kekurangan yang jelas kelihatan ketika lawatan ke sekolah-sekolah namun teguran-teguran itu haruslah dijadikan dan dianggap sebagai panduan untuk perkara yang positif. Pengajaran yang berkesan contohnya seharusnya bermula dengan persediaan dan penyediaan RPH yang sangat baik tetapi inilah yang sering berlaku,RPH disediakan dengan ala kadar sahaja dan Sisc+ sering memberikan bimbingan untuk penyediaan yang lebih mantap. Sebaiknya diharap guru-guru yang dibimbing janganlah bersikap “defensive” dan berusaha untuk yang lebih baik..Tinggalkan yang biasa dan jadi luarbiasa dalam pdp dan pedagogi guru.

  3. Bagi pendapat saya, apa juga jenis SIP yg skrg diwujudkan di setiap daerah, peranan dan fungsinya adalah ‘pakar rujuk’. Oleh itu, semua anggota SIP perlu bersedia membuktikan dan menunjukkan kejayaan yang pernah mereka capai dan lakukan bagi meningkatkan atau menambahbaik apa juga bidang di bawah peranan masing2. Dengan lain perkataan, latarbelakang dan sejarah kejayaan setiap anggota SIP perlu ada dan disegani oleh majoriti anggota pendidikan di daerah tersebut. Ini amat penting bagi menimbulkan perakuan di kalangan semua guru dan pentadbir di sekolah2 dalam daerah tersebut. Sebagai contoh, mereka pernah di pilih sebagai guru inovatif daerah, guru cemerlang atau anugerah2 lain. Sebab saya rasa tekanan yang sudah sedia banyak di kalangan warga pendidik itu, ditambah lagi dengan teori2 dan cadangan2 yg belum terbukti berkesan dari pihak anggota SIP. Wallahu alam.

  4. Tugas sip+ adalah membantu dan membimbing. Tp ada yg dtg ke sekolah da mcm nazir. Arah buat ni arah buat tu. Lg serabut cikgu di buatkn. katanya”awak perlu buat sesuatu utk meningkatkan markah murid ini” . Sesuatu tu ape?” Bg la kaedah. Ada sek yg sisc turun padang bersama menyediakan bahan dan membimbing guru dlm meningkatkan kaedah pdp. Ini la baru dikatakan sisc.

    • Puan Norshamsiah,

      Skop kami sebagai SISC+ adalah untuk membimbing guru dalam meningkatkan kualiti P&P. Alhamdulillah, pengalaman puan bersama SISC+ adalah positif dan sebagai SISC+ itulah yang kami harapkan. Selamat maju jaya untuk tahun 2015, semoga puan beroleh kejayaan. Ameen….

    • Saya selalu ingatkan diri saya tentang SOP tugasan dan tanggungjawab sebagai SIP+ bila turun ke sekolah. Perbezaan ruang lingkup tugas SIP+ dan SISC+ perlu difahami jelas. Jika maksud Puan tentang membimibing para guru ke arah peningkatan kualiti PdP, pastinya itu peranan SISC+. Saya tak mampu terangkan semuanya di sini. Cuma, dapatan saya juga ketika melawat ke sekolah, masih ada guru-guru yang masih tidak tahu perbezaan dan peranan SIP+ dan SISC+.
      Ikhlas dari saya: Tengku Abdullah (SIP+ PPD Pasir Mas, Kelantan.

  5. Pingback: CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 | Pusat Sumber SMK Mutiara Rini

  6. Pingback: Bengkel Kerja Kaedah Pemantapan Pedagogi dalam PdP SISC+ dan SIP+ | SISC+ PERLIS

Leave a comment